Friday, June 11, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM SIMPOSIUM FORENSIC @ POLO CLUB, JERUDONG



Asalamualaikum,

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Sumi Mohd (BOY04), Hj Abd Rahman (BPY06), Yusrina (BPY06), Hilman (BPY06), Khuzaimah (BPY06), Hj Mohd Saidin (BPY06), Huda (BPY06), Emma (BPY06), Azri (BPY06), Shafiee (BPY07), Eally (BPY07), Faisal (BPY08), Iqbal (BPY09), Nizam (BPY09) dan Zayed yang telah berpenat-lelah berlatih choir atas permintaan saya.

Walaupun masa yang diberikan cuma beberapa hari, namun hasil dari kerjasama, muafakat dan persafahaman abiskita telah menghasilkan satu persembahan yang hebat dan telah berjaya mecuri hati ramai penonton. Pengelaman dan pemelajaran abiskita semasa mengikuti Rancangan Kapal sungguh terserlah walaupun ahli kumpulan choir abiskita terdiri dari bekas peserta yang berlainan tahun. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Zayed Mahathir yang telah mengiringi choir tersebut dari awal hingga akhir. Persembahan piano kamu sungguh professional. Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa dimajlis kami.

Selaku wakil pihak penganjur iaitu Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua peserta choir dan pemain piano atas persembahan abiskita pada Majlis Makan Malam Simposium Forensic yang telah diadakan baru-baru ini. Saya pasti peserta-peserta Simposium dari America, United Kingdom, Spain, Polland, Japan, China, India, Pakistan, Mexico, Italy dan juga negara-negara ASEAN akan sentiasamengenang persembahan abiskita.

Sekian wassalam,

Hjh Rosmawatiniah P.A.Hj Ibrahim
Ex-Py 1991 / NL 2006

No comments: