Tuesday, June 24, 2008

MIRI TRIP
A day in Miri
i
'Miri Trip' atas cetusan idea Haji Saidin yang akan dijangka akan berlangsung pada 31 OGOS 2008...
s
Trip ini akan menggunakan sebuah bas yang berhawa dingin dan pasti didalam perjalanan, awda akan merasa selesa. Bagi Awda yang ingin menyertainya, bayaran akan dikenakan sebanyak B$12.00 (perjalanan BSB - TUTONG - KUALA BELAIT - BANDAR MIRI - KUALA BELAIT - TUTONG - BSB).
a
Semua pembayaran bolehlah dibuat mulai bulan 30 Jun 2008 sehingga 15 Julai 2008 dan hendaklah diserahkan kepada Yang Mulia, Haji Saidin. Menurut beliau lagi, bagi Awda yang bergaji hari dan ingin menyertai Miri Trip ini, akan dibayarkan dahulu oleh Haji Saidin. (start, buat-buat lupa)..
a
Syarat-Syarat tambahan adalah seperti berikut:-
1. Duit tak akan dikembalikan sebaik saja duit dihantar ke Agen Kenderaan (wah atu inda bejaguk).
2. Awal bangun dan sampai ditempat yang telah diaturkan tidak lewat dari jam 5 pagi (start menyumpah).
3. Wang akan dikembalikan jika ada sebarang jadual di batalkan.
4. Tempat perkumpulan akan diumumkan kemudian.
s
Untuk makluman biskita jua, HANYA 15 ORANG saja quotanya seperti kata Tuan Pengerusi. Jadi, BPY adalah dialu-alukan untuk membawa sesiapa sahaja, partners kah, kawan kah, work-mate kah, girlfriend kah, boyfriend kah, suami kah, isteri kah, tunang kah, cousin kah, anak buah kah, saudara kah, biras kah, anti kah, angkal kah, amit kah, bungsu kah, acai kah, iring kah, buyung kah, bungsu kah, siapa saja lah.. yang penting... $12.00 seurang.. PY 2007, PY 2005, PY 2004, PY 2003 dan sebelumnya pun adalah sama-sama dijemput bagi yang ingin ikut jua... :)
s
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Tuan Pengerusi, Yang Mulia Tuan Haji Saidin.

No comments: