Wednesday, October 31, 2007

Announcement from our NL06 - Mom Rose

Asalamualaikum,

Selamat Menyambut Anniversary Pertama kepada semua x-Bpys 2006. Rasanya macam baru kemarin kitani balik ke Brunei dan bila mengenangkan kembali kisah kitani di sepanjang program ani, memang terasa rindu . Mengingat kepada sessi latihan, persembahan, perkumpulan, sessi meluahkan rasa hati dan banyak lagi...... . Banyak perkara yang telah kitani lalui dan ianya kitani simpan menjadi kenangan dan pengajaran yang sangat berharga.

Kemampuan dan pengelaman kitani atu akan menjadikan kitani seorang yang berwawasan, open minded dan perihatin kepada semua hal. Tahniah kepada semua x-Bpys kerana telah berjaya mengikuti program ani.

Saya dengan tulus iklas ingin mengucapkan setinggi penghargaan diatas kerjasama kamu semua dan menjadikan Program SSEAYP 2006 sebagai satu kenangan terindah didalam diri saya. Terima kasih dan Selamat Menyambut Anniversary Pertama kepada semua.

Salam sayang dari saya,


Hjh Rosmawatiniah PA Hj Ibrahim
BNL 2006

No comments: